COSEC adalah singkatan untuk perkataan "Company Secretary" atau dalam bahasa Melayunya disebut sebagai Setiausaha Syarikat. Jika di Amerika Syarikat, profesion ini digelar sebagai " Corporate Secretary" iaitu jawatan yang diangkat sebagai kedua tertinggi selepas "Chairman" di sesebuah syarikat persendirian (malah lebih tinggi daripada jawatan CEO) , namun hal yang sama masih belum terjadi di bumi bertuah, Malaysia. Masyarakat secara umumnya masih sukar untuk memahami dan menerima individu yang bergelar sebagai "COSEC" ini sebagai seorang pengamal profesional sebaris dengan doktor, peguam mahupun jurutera. Malahan, lebih menyedihkan apabila berlakunya kecenderungan masyarakat di Malaysia yang seringkali tidak dapat membezakan antara peranan serta tanggungjawab seorang Setiausaha Syarikat dengan jawatan seperti "Setiausaha Pejabat" atau "Pembantu Peribadi (P.A.)". Maka, atas polemik dan senario yang berlaku ini, s...